CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday 29 January 2013

Koleksi Soalan Percubaan PMR



Bismillahirahmanirahim....
Alhamdulillah, hari ini Allah mengurniakan rezeki yang melimpah ruah untuk cikgu. Jadi cikgu berhajat untuk berkongsi rezeki yang cikgu dapat ini untuk semua sahabat pendidik dan sudah semestinya anak-anak didik cikgu yang paling cikgu sayang. Kali ini cikgu hendak berkongsi koleksi soalan percubaan PMR yang akan cikgu muatkan di bahagian latihan PMR.

Soalan Percubaan SPM

ASSALAMUALAIKUM....
Cikgu telah memuat naik satu halaman yang membekalkan banyak soalan percubaan SPM. Diharap anak-anak ditingkatan 4 dan 5 bolehlah cuba unutk menjawab soalannya. Kalian boleh mengakses halaman tersebut di bahagian latihan SPM

Buat anak-anak yang tersayang



Alhamdulillah, hari ini cikgu berkesempatan untuk memasukkan nota buat panduan untuk menggunakan penanda wacana untuk menulis karangan dan bahan rangsangan serta ringkasan. Anak-anak boleh dapatkan nota itu di dalam bahagian latihan PMR.


"Jadilah lebih bijak sebab tiada gunanya hidup tanpa kebijaksanaan." 
– DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj-

Monday 28 January 2013

MEMPERINGATKAN ANAK-ANAK DIDIKU


Alhamdulillah, hari ini cikgu berkesempatan untuk memuat naik beberapa nota KOMSAS:


  • Tingkatan 4
    • Harga Remaja
    • Di perpustakaan
    • Mengintai ruang insaf
    • Adat sezaman
    • Syair definisi orang berakal

  • Tingkatan 5
    • Pantun enam kerat

cikgu mengharapkan agar anak-anak didik cikgu yang tersayang dapat memuat turun nota-nota ini untuk memudahkan PDP cikgu nanti.



Tuesday 15 January 2013

MEMBINA PENDAHULUAN KARANGAN

MEMBINA PENDAHULUAN KARANGAN by

PERISTIWA


Alhamdulillah, hari ini cikgu berkesempatan untuk menulis setelah sekian lama...banyak jugak janji-janji yang setakat ini masih menjadi janji-janji kosong. Insyallah jika Allah memberi cikgu kesempatan akan cikgu tunaikan janji-janji itu.... Hari ini rasanya cikgu hendak menyelitkan wajah-wajah anak didik cikgu yang bermacam ragam sepanjang 15 hari sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

GELAGAT ANAK-ANAK 3 MALIKI 
MENYIAPKAN TUGASAN KATA NAMA

Pelajar banat tingkatan 3 sibuk berbincang
 untuk  menyiapkan tugasan.

Amboi!. Bersemangat betul Abid
dan kawan-kawan .

Akhirnya Fahmi pun sama-sama sibuk
menyiapkan tugasan.

Hariz .. apa  yang ditinjau-tinjau kumpulan sebelah tu.

GELAGAT PELAJAR TINGKATAN 5 ST

Emmm..... akibat terlalu banyak kerja sampai terlupa siapkan kerja BAHASA MELAYU.....

Kumpulan Humairak memerah " keringat "
menyiapkan tugasan



Ha! Amzanil yang sudah tersandar 
akibat kehilangan idea
Mukhlis pula bersemangat menyiapkan tugasan.
Mukmin pula sibuk betul menulis kata-kata semangat dari Mukhlis.


Setelah diberi masa hampir 30 minit akhirnya kumpulan 5ST berjaya menyiapkan tugasan dan membuat pembentangan.

Kumpulan Mir

Kumpulan Amzanil

Kumpulan Humairak

Ha! sempat lagi menyalin sewaktu orang lain buat pembentangan.....Mir Mir

Cikgu mendoakan agar kalian akan menjadi anak-anak yang berjaya di dunia dan di akhirat. Semoga harapan, cita-cita dan impian kalian menjadi kenyataan. 


"Berusahalah dengan iklhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semkain tinggilah balasan baik yang akan diperoleh dalam keadaan sedar atau tidak"


Thursday 10 January 2013

KATA-KATA HIKMAT





  • Baik kaya ialah kaya hati,sebaik-baik bekal ialah takwa,seburuk-buruk buta ialah buta hati dan sebesar-besar dosa ialah berdusta.

  • Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).

  • Orang yang takut menghadapi kesukaran selamanya tidak akan maju. ~Horne

  • Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji kamu, tetapi adalah orang yang dapat menunjukkan kesalahan kamu.

  • Kalau hidup ingin merdeka, Tiada tercapai hanya berkata, Ke muka maju sekata, maju kita, Melemparkan jauh jiwa hamba. ~Usman Awang

  • "Dan berbuatlah kamu akan kebaikan supaya kamu mendapat kemenangan." ~Surah al-Hajj:77

  • "Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah sajalah tempat meminta pertolongan" ~Surah Yusuf:18

  •  Berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu.

  • Yang paling kita perlukan dalam kehidupan ialah adanya seseorang yang selalu memberi semangat untuk melaksanakan hal-hal yang dapat kita kerjakan. ~Davey John Schwartz

  • "Peristiwa itu memberi pengajaran kepada saya mengenai bagaimana guru besar perlu bersikap profesional dan tidak menggunakan emosi dalam melakukan tindakan." ~Tengku Habsah Tengku Petera (Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan)

  •  "Satu perkara yang menakutkan saya pada masa ini ialah peningkatan gejala rasuah. Secara umumnya, lebih tinggi rasuah yang ada, lebih kurang kemerdekaan yang dimiliki." ~Profesor Diraja Ungku Aziz

  • Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat.

  • Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai.

  • Terbang bangau sepanjang hari, ke tasik jua akhirnya dicari.

  • Biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi tetapi namamu menjadi perbualan penduduk langit.

  • Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya; siapa yang banyak salah, hilanglah harga dirinya; siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak; sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati. ~ Saidina Ali Abu Talib

  • Sabda Rasulullah s.a.w: "Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu."

  • Kita sering mengimbas kembali kenangan lalu tetapi jarang sekali berusaha untuk mengejar impian hari esok.

  • Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah manusia yang jujur. Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh dengan agama Allah. (surah Al-Baqarah:214)

  • Kekitaan yang erat tiada yang berat.

  • Belajarlah berdiri dahulu sebelum cuba untuk berlari.

  • Orang bakhil tidak akan terlepas daripada salah satu daripada empat sifat yang membinasakan iaitu; dia akan mati dan hartanya akan diambil warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau; hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau; hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan digunakan untuk kejahatan atau; adakalanya harta itu akan dicuri dan digunakan untuk berfoya-foya. - SAIDINA ABU BAKAR

  • Kekayaan yang hilang boleh dikejar dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Kesihatan yang hilang boleh diperolehi dengan ubat-ubatan yang baik tetapi masa yang hilang sekali hilang akan terus hilang.

  • Jadilah seperti pohon kayu yang berbuah lebat, dibaling dengan batu dibalas dengan buah.

  • Tunjuk menjadi telaga budi, ajar menjadi suluh hati.

Tuesday 8 January 2013



TEKNIK MENULIS KARANGAN SPM BAHAGIAN A


TEKNIK  BARALISMAK 2
(BACA, RANGKA, TULIS dan SEMAK)

Huraikan pendapat anda tentang ciri-ciri pelajar cemerlang. Panjangnya huraian anda antara 200 hingga 250 patah perkataan.



PENDAHULUAN:
Tema: Pelajar Cemerlang
Kumpulan Sasaran: Para Pelajar
Bahasa Indah:  kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya

RANGKA KARANGAN:
Tugasan: Ciri-ciri pelajar cemerlang

ISI-ISI JAWAPAN:
 Menumpukan perhatian semasa guru mengajar di dalam kelas.
 Membuat ulang kaji dan latihan di rumah
 Rajin membaca buku

PENUTUP:

AP:   Tuntasnya terdapat banyak / pelbagai ciri yang boleh digunakan untuk menentukan
          kecemerlangan seseorang pelajar dalam pelajaran mereka.
AC:   Sehubungan dengan itu, para pelajar mestilah komited untuk menjadi seorang
          pelajar yang cemerlang dalam pelajaran demi masa depan mereka yang lebih baik
BI :    Orang-orang tua ada berpesan alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal
          lengan haruslah dipraktikkan dalam kehidupan seharian kita semua.
AH:   Dengan ini, hasrat Pedana Menteri untuk melahirkan generasi yang berilmu pengetahuan dan
          berwibawa akan dapat direalisasikan menjelang tahun 2020 nanti.

PENDAHULUAN
JENIS AYAT
PENANDA WACANA
HURAIAN
TEMA
Belakangan ini,
Marcapada ini,
Pada era globalisasi kini,
Sejak akhir-akhir ini,
isu pelajar cemerlang semakin hebat diperdebatkan oleh masyarakat kita dalam media massa di seluruh pelusuk negara.
KUMPULAN
SASARAN
Sehubungan dengan itu,
Dalam hal ini,
Dalam konteks ini,
para pelajar mestilah menunjukkan keiltizaman yang tinggi untuk berusaha dengan bersungguh-sungguh agar menjadi seorang yang cemerlang.
BAHASA INDAH
Bak kata peribahasa,
Slogan,
kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya
TUGASAN
Persoalannya,
apakah ciri-ciri seorang pelajar cemerlang yang perlu dihayati oleh para pelajar di negara ini?


ISI 1: MENUMPUKAN PERHATIAN SEMASA GURU MENGAJAR DI DALAM KELAS
JENIS AYAT
PENANDA WACANA
HURAIAN
AYAT TOPIK
Pada pendapat saya,
Pada pemikiran saya,
Pada pandangan saya,
antara ciri pelajar cemerlang ialah menumpukan perhatian semasa guru sedang mengajar di dalam kelas.
AYAT
HURAIAN
Hal ini demikian kerana,
para pelajar akan mudah memahami ilmu yang disampaikan oleh guru- guru semasa belajar di dalam kelas tanpa sebarang gangguan.
AYAT
CONTOH
Sebagai contoh,
kejayaan nik nur madihah dalam peperiksaan sijil pelajaran malaysia (spm) adalah kerana selalu memberi tumpuan semasa belajar di bilik darjah.
BAHASA
INDAH
Persis kata peribahasa,
hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih sangat sesuai diamalkan oleh para pelajar supaya sentiasa memberi tumpuan semasa belajar.

AYAT SIMPUL
Tegasnya,
apabila para pelajar menumpukan perhatian kepada pengajaran guru setiap hari sudah pasti mereka akan mudah menguasai ilmu untuk menjadi seorang pelajar cemerlang.



ISI 2: MEMBUAT ULANGKAJI DAN LATIHAN DI RUMAH

JENIS AYAT
PENANDA WACANA
HURAIAN
AYAT TOPIK
Selain itu,
membuat ulang kaji dan menyiapkan latihan di rumah juga merupakah salah satu ciri penting seorang pelajar cemerlang.

AYAT
HURAIAN
Saya berpandangan demikian kerana,
langkah ini akan meningkatkan lagi penguasaan para pelajar dalam mata pelajaran yang dipelajari di sekolah.
AYAT
CONTOH
Tamsilnya,
setiap pelajar perlu memperuntukan selama tiga jam sehari untuk melaksanakan ulang kaji di rumah seperti yang pernah disarankan oleh Dr. Fadilah Kamsah  seorang pakar motivasi pelajar.
BAHASA
INDAH
Orang tua-tua ada berpesan,
belakang parang kalau diasah lagikan tajam perlu dipraktikkan oleh para pelajar dalam kehidupan seharian mereka.
AYAT SIMPUL
Jelaslah,
mengulang kaji pelajaran di rumah wajib dilakukan oleh para pelajar untuk mendapat kecemerlangan dalam pelajaran.

ISI 3: RAJIN MEMBACA BUKU

JENIS AYAT
PENANDA WACANA
HURAIAN
AYAT TOPIK
Di samping itu,
ciri lain sebagai seorang pelajar cemerlang ialah rajin membaca pelbagai bahan bacaan seperti akhbar, majalah dan buku rujukan.
AYAT
HURAIAN
Dalam konteks ini,
Dengan ini,
Dengan kata lain,
para pelajar akan menjadi lebih matang semasa berhujah dan dapat menjana pelbagai idea yang menepati perkembangan dunia sains dan teknologi kini.
AYAT
CONTOH
Misalnya,
Amalina seorang pelajar cemerlang SPM telah menjadikan kamus dan majalah Siswa sebagai bahan bacaan wajib baginya untuk peperiksaan.
BAHASA
INDAH
Slogan,
membaca jambatan ilmu perlu dipupuk dalam jiwa setiap pelajar untuk menjana generasi berilmu pengetahuan.
AYAT SIMPUL
Oleh itu,
budaya membaca tidak boleh dipisahkan daripada para pelajar yang bercita-cita untuk menggapai kecemerlangan dalam pelajaran mereka.

PENUTUP

JENIS AYAT
PENANDA WACANA
HURAIAN
AYAT
PANDANGAN
Tuntasnya,
Intihanya,
Walhasilnya,
Kesimpulannya,
terdapat banyak ciri  pada seseorang pelajar cemerlang  yang perlu dimiliki oleh generasi muda pada hari ini.
AYAT
CADANGAN
Sehubungan dengan itu,
Perkara ini secara tidak langsung,
semua pihak mestilah komited untuk melahirkan seramai mungkin pelajar-pelajar cemerlang untuk membangunkan negara kita pada masa akan datang.
BAHASA INDAH
Orang-orang tua ada berpesan,
alang-alang berdakwat biar hitam perlu dihayati para pelajar agar dapat mencapai hasrat murni ini.
AYAT
HARAPAN
Oleh itu,
Dengan ini,
Hal ini secara tidak langsung,
hasrat Pedana Menteri untuk melahirkan generasi yang berilmu pengetahuan dan berwibawa akan dapat direalisasikan menjelang tahun 2020 nanti.



  
CONTOH KARANGAN LENGKAP:

Belakangan ini, isu pelajar cemerlang semakin hebat diperdebatkan oleh masyarakat kita dalam media massa di seluruh pelusuk negara. Sehubungan dengan itu, para pelajar mestilah menunjukkan keiltizaman yang tinggi untuk berusaha dengan bersungguh-sungguh agar menjadi seorang yang cemerlang. Bak kata pepatah, kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya sangat mustahak diamalkan oleh para pelajar di negara ini. Persoalannya, apakah ciri-ciri seorang pelajar cemerlang yang perlu dihayati oleh para pelajar di negara ini?
Pada pandangan saya, antara ciri pelajar cemerlang ialah menumpukan perhatian semasa guru sedang mengajar di dalam kelas. Hal ini demikian kerana, para pelajar akan mudah memahami ilmu yang disampaikan oleh guru- guru semasa belajar di dalam kelas tanpa sebarang gangguan.Sebagai contoh, kejayaan Nik Nur Madihah dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah kerana selalu memberi tumpuan semasa belajar di bilik darjah. Bak kata pepatah, hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih sangat sesuai diamalkan oleh para pelajar supaya sentiasa memberi tumpuan semasa belajar di sekolah. Tegasnya, apabila para pelajar menumpukan perhatian kepada pengajaran guru setiap hari sudah pasti mereka akan mudah menguasai ilmu untuk menjadi seorang pelajar cemerlang.

                  Selain itu, membuat ulang kaji dan menyiapkan latihan di rumah juga merupakah salah satu ciri penting seorang pelajar cemerlang. Saya berpandangan demikian kerana, langkah ini akan meningkatkan lagi penguasaan para pelajar dalam mata pelajaran yang dipelajari di sekolah. Tamsilnya, setiap pelajar perlu memperuntukan selama tiga jam sehari untuk mengulang kaji di rumah seperti yang pernah disarankan oleh Dr. Fadilah Kamsah  seorang pakar motivasi pelajar. Orang-orang tua ada berpesan, belakang parang kalau diasah lagikan tajam perlu diamalkan oleh para pelajar dalam kehidupan seharian mereka. Jelaslah, mengulang kaji pelajaran di rumah wajib dilakukan oleh para pelajar untuk mendapat kecemerlangan dalam pelajaran.

                  Di samping itu, ciri lain sebagai seorang pelajar cemerlang ialah rajin membaca pelbagai bahan bacaan seperti akhbar, majalah dan buku rujukan. Dalam konteks ini, para pelajar akan menjadi lebih matang semasa berhujah dengan menjana pelbagai idea yang menepati perkembangan dunia sains dan teknologi. Misalnya, Amalina pelajar cemerlang SPM telah menjadikan kamus dan majalah Siswa sebagai bahan bacaan wajib baginya untuk peperiksaan.Oleh itu, budaya membaca tidak boleh dipisahkan daripada para pelajar yang bercita-cita untuk menggapai kecemerlangan dalam pelajaran mereka.

                  Tuntasnya, terdapat banyak ciri untuk menjadi seorang pelajar cemerlang dalam pelajaran yang perlu dimiliki oleh generasi muda kini. Sehubungan dengan itu, semua pihak mestilah komited untuk melahirkan seramai yang mungkin pelajar cemerlang untuk membangunkan negara kita pada masa akan datang. Orang-orang tua ada berpesan alang-alang berdakwat biar hitam perlu dihayati para pelajar agar dapat mencapai hasrat murni ini., .Dengan ini, hasrat Pedana Menteri untuk melahirkan generasi yang berilmu pengetahuan dan berwibawa akan dapat direalisasikan menjelang tahun 2020 nanti.


Monday 7 January 2013

KESAYANGANKU




WAJAH-WAJAH KESAYANGKU

Pinjamkan ibu kekuatan kalian untuk ibu terus melangkah dan berjuang di medan ini. 
NUR DANIA AISYAH
MUHAMMAD HARITH 
Semoga anak-anak ibu akan menjadi anak-anak soleh dan solehah dan berjaya di dunia dan di akhirat. Ya Allah, kau titipkanlah mereka segala yang terbaik buat mereka di dunia dan di akhirat. AMIN

BUAT PANDUAN ANAK-ANAK 3 BUKHARI DAN 3 MALIKI

KATA NAMA